Friday, June 11, 2010

kenapa dalam hidup kita, terlalu banyak dugaan. aku coret semua ini bukan untuk menagih simpati.. tetapi sekadar untuk berkongsi. pertamanya, aku kehilangan datuk yang aku sayang pada malam landanya tsunami. ketika itu, aku dalam persediaan untuk melangkah ke alam sekolah menengah. ALLAH tidak berhenti menduga aku di situ sahaja apabila lima tahun kemudian, nenek yang paling aku sayangi pergi menghadap ILLAHI. aku sambut takbir raya dengan hati yang lara kerana pada seminggu sebelum tibanya bulan Ramadhan lah nenekku di jemput ILLAHI. dugaan sekali lagi menimpa aku ketika aku sedang menduduki peperiksaan SPMku pada tahun 2009. bertarikh 20 november 2009, ayah yang aku sayangi telah di jemput ILLAHI. sekali lagi, aku menyambut takbir hari raya haji dengan hati yang lara. tanpa ayah di sisi, aku rasakan duniaku gelap............hanya ibulah tempat aku bergantung. demi ibulah aku kuatkan semangatku agar terus hidup.........

No comments:

Post a Comment